Saturday 17 September 2011

Langit itu tidak akan menghujankan emas dan perak



Firman Allah Taala: 

Maksudnya:
52. (Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui Bahawa Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan ia juga Yang menyempitkannya? Sesungguhnya Yang demikian mengandungi keterangan-keterangan Yang jelas bagi orang-orang Yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).
(Surah az-Zumar 23:52)
Keterangan:
-          Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, iaitu orang-orang yang berusaha menurut sunnatullah dan menyempitkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya iaitu orang-orang yang malas berusaha dan hanya menunggu pemberian dan kasihan orang lain.

*Pada suatu hari Umar bin al-Khattab melihat seorang lelaki duduk di mihrab masjid sambil berdoa kepada Allah supaya memperolehi rezeki yang banyak, lalu diusir oleh  Umar dari dalam masjid ,seraya berkata : “Berusahalah dan bekerjalah , kerana langit itu tidak akan menghujankan emas dan perak.” 

Tuesday 13 September 2011

MONEY


                                                 

 
 WITH MONEY YOU CAN BUY A HOUSE BUT NOT A HOME  
WITH MONEY YOU CAN BUY A CLOCK BUT NOT TIME
WITH MONEY YOU CAN BUY A BED BUT NOT SLEEP
WITH MONEY YOU CAN BUY A BOOK, BUT NOT KNOWLEDGE
WITH MONEY YOU CAN SEE A DOCTOR, BUT NOT GOOD HEALTH
WITH MONEY YOU CAN BUY A POSITION BUT NOT RESPECT
WITH MONEY YOU CAN BUY BLOOD BUT NOT LIFE






Tuesday 9 August 2011

KEAJAIBAN BASMALLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama,tetapi suaminya seorang fasiq dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.Perempuan itu sentiasa membaca Basmallah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek," Asyik Bismillah,Bismillah.Sekejap-sekejap Bismillah."


Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata: "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya , dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata ," Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpannya di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.


Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata,"Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca "Bismillahirrahmanirrahim." Ketika itu Allah SWT menghantar malaikat Jibrail a.s untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.


Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Basmallah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.  


Pengajaran: 



  1. mendoakan kebaikan untuk orang yang mencela kita semoga dia diberikan hidayah.
  2. mengaku kesalahan sendiri merupakan tindakan yang terbaik untuk memperbaiki diri.
  3. mulakan segala sesuatu dengan menyebut nama yang Maha Esa.BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...