Saturday 17 September 2011

Langit itu tidak akan menghujankan emas dan perak



Firman Allah Taala: 

Maksudnya:
52. (Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui Bahawa Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan ia juga Yang menyempitkannya? Sesungguhnya Yang demikian mengandungi keterangan-keterangan Yang jelas bagi orang-orang Yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).
(Surah az-Zumar 23:52)
Keterangan:
-          Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, iaitu orang-orang yang berusaha menurut sunnatullah dan menyempitkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya iaitu orang-orang yang malas berusaha dan hanya menunggu pemberian dan kasihan orang lain.

*Pada suatu hari Umar bin al-Khattab melihat seorang lelaki duduk di mihrab masjid sambil berdoa kepada Allah supaya memperolehi rezeki yang banyak, lalu diusir oleh  Umar dari dalam masjid ,seraya berkata : “Berusahalah dan bekerjalah , kerana langit itu tidak akan menghujankan emas dan perak.” 

No comments:

Post a Comment